Wednesday 16 October 2013

Sakit

Bismillahirrahmanirrahim, 

Sudah menjadi kebiasaan bila selalu dukung Munsif (anak kecilku) yang berusia 1 tahun 6 bulan tu membuatkan pinggangku sakit dan bila bangun di waktu pagi kadang-kadang aku tak boleh nak bangun dari tempat tidur. Lenguh dan sakit-sakit satu badan. 

Moga-moga sakitku itu merupakan khifarah kepada diriku. Tapi bukanlah niat untuk mengeluh disini sebenarnya. Lebih kepada untuk menceritakan pengalaman dan bagaimana cara aku mengatasinya. Kalau korang rajin baca blog aku sebelum ni korang tau apa penyakit aku sebenarnya. 

Setelah sakit yang berpanjangan aku mula sedar khasiat dan kepentingan kalsium kepada tubuh badan tambahan untuk ibu yang menyusu seperti aku ni. 

Semakin anak besar dan semakin memerlukan khasiat mereka memang akan pandai makan sendiri dan akan mendapat zat dan khasiat dari pemakanan mereka. Namun bagaimana pula dengan ibu yang menyusukan anak? 

Adakah cukup kandungan dan zat pemakanan yang kita ambil setiap hari? Sebelum ni aku sendiri cuba dan berusaha untuk mengamalkan pemakanan seimbang, konon-konon nak makan sihat. 
Carta pemakanan seimbang



Nak makan sayur la, nak makan buah setiap hari dan lauk pauk yang mengandungi khasiat. Tapi sedar tak sedar masa berlalu angan-angan dan cita-cita nak amalkan pemakanan yang seimbang itu hanya tinggal omongan kosong. Hohoho, blame on me. 

Nak manage masa makan pun tak sempat. Biasala dengan keadaan dan kecanggihan teknologi ni macam-macam makanan segera dapat dinikmati. Belum campur perisa makanan, perencah makanan, bergoreng yang pedas yang berlemak dll.

 Tak salah jika korang memang mampu mengamalkannya. Tapi agak-agak sayur-sayur kita tu tanpa racun dan bahan semburan serangga perosak tak? 


Lagi-lagi gambar ostematrix ni jugak yang aku promote hehehehe....tak caya kenala cuba baru dapat hasil..


Ikan yang kita beli kat pasar tu segar terus dapat dari hasil tangkapan hari ini tanpa bahan pengawet tahan lama tak? Buah-buahan tambahan buah-buah import tu agak-agak tahan berapa lama sampai ke dalam peti ais kita? 

So agak-agak cukup tak gizi pemakanan kita yang seimbang yang kita salurkan untuk anak-anak?So soalan-soalan macam ni memang kita kena utaratakan, especially yang menyusu badan la kan. 

Dek kerana kesedaran yang tinggi aku mula mengamalkan pengambilan supplement Shaklee. Malah anak aku juga aku suakan Mealshake Shaklee untuk tambahkan berat badan dan juga menaikkan selera makannya. 



Meal shakes untuk Munsif...Alhamdulillah nak masuk botol kedua dah tahan 2-3 bln cuma 1 scoop setiap hari 

  Doktor pakar sendiri sarankan supaya anak-anak kecil ni utamakan pemakanan seperti kaborhidrat, protein, sayur-sayuran, buah-buahan dan juga di tambah dengan vitamin.

 Mula-mula amik supplement Shaklee ni aku rasa, hoh mahalnya. Banyak nye supplement aku nak kena amik. Tak mampu la dan semua perkara-perkara negatif berlegar-legar dalam fikiran aku. 

Tapi bila aku rasa tak dapat solve kan masalah aku cari balik supplement Shaklee ni dan alhamdulillah dengan izin Allah banyak masalah-masalah dapat di selesaikan terutama sakit belakangku ini. Aku consume Ostometrix. Ostometrix ni mengandungi Kalsium, Vitamin D dan Magnesium. So kenala dengan orang yang sakit pinggang dan tulang belakang serta menyusu macam aku ni. 

Berapa lama aku rasakan kesannya? Alhamdulillah seawal dua minggu dan makan secara istiqamah setiap malam sebelum tidur dan jangan lupa air masak yang banyak iaitu lebihkan 2 liter sehari.

Kesannya? Amazing setiap kali bangun pagi pergerakan aku tak terbatas seperti biasa. Aku boleh rasakan kesegaran di waktu pagi dan mengekalkan kesihatan sepanjang hari. Inshaa Allah ada kesan yang baik jika istiqamah. Memang aku akui kekadang masih lagi ada juga ruang waktu dan ketikanya terasa ngilu dan masih sakit belakang. 

Gila tak sakit, tipula kalau aku kata aku sembuh sepenuhnya. Mana taknya berapa lama aku sakit dari umur 19 tahun sekarang?? Err 23 heheh terbalikkan no tu. Korang kirala sendiri ye berapa lama da aku ada penyakit ni. Tetiba nak sembuh aci telan-telan supplement 2 minggu je kan. Tapi tak de hal yang mustahil. Semuanya izin Allah. Kita kena rajinkan diri memohon pada Yang Maha Esa dan Maha Menyembuhkan. 

Bahagian-bahagian macam tu aku kena rajin-rajinkan diri buat senaman yang disarankan oleh pakar fisioterapi. In shaa Allah semoga dengan amalan supplement Shaklee aku berharap sangat badanku ini mendapat manfaat sepenuhnya. 

Korang juga tak perlu rasa risau dengan supplement Shaklee kerana ianya di tanggung halal dan terbukti keberkesanannya secara klinikal. Bahan-bahan kandungan dalam vitamin semuanya selamat dan semulajadi dan bukan dari kandungan sintetik atau bahan tiruan. 

Kalau korang sayangkan penyakit dan nak peram, semuanya di tangan anda. Tapi kalo korang decide nak bersama-sama dengan saya merasai kesan penangan Shaklee (dgn izin Allah) Jadi apa tunggu lagi?? Selamat dan terbukti berkesan.Tak rugi mencuba ke arah kesihatan. Tubuh badan adalah anugerah dari Illahi. Kitalah yang perlu menjaga dan memanfaatkannya agar dapat menjadi ibadah yang baik. Semoga kesihatan milik kita semua. 


P/S: Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut Supplement mana yang sesuai dengan masalah anda. In shaa Allah saya adalah Independent Distributor Shaklee boleh membantu. Hubungi saya di talian yang tertera. 

No comments:

Post a Comment