Wednesday 6 November 2013

Magnet Kekayaan dan Kejayaan

Bismillahirrahmanirrahim, 

Salam dan selawat ke atas nabi junjugan kita S.A.W, 

Hari ni banyak sangat idea perkongsian ilmu yang aku nak share dengan korang. Tambahan selepas pergi mini seminar Magnet Kekayaan dan Kejayaan dari Dr. Azizan Osman. 

Korang mesti kenal diakan? Kalau tak kenal meh sini aku perkenalkan. Dia ialah sifu sebenar yang cuba mengangkat martabat anak bangsanya sendiri. Tak percaya kenala pergi seminarnya dan luangkan masa. 

Dengarkan ketelusan dan ketulusan hati Dr Azizan bagaimana banyaknya ilmu secara percuma yang diberikan untuk kita. Ye Free, sapa tak suka benda free jangan pergi. Terutamanya Elmu.

Ok tak perlu bebel banyak2. Siapa yang pergi extra give lagi dapat buku secara percuma. Buku berharga rm 25.00 diberikan kepada sesiapa yang pergi, bagi yang tinggal di kawasan Shah Alam dan Kuala Lumpur mini seminar dah habis tapi kalau nak berdaftar secara berbayar kursus intensif bolehla cuba hubungi kakitangan di laman web ini http://www.magnet2013.com/.




Buku ini diberikan percuma kepada peserta yang menyertai seminar Dr Azizan juga secara percuma.


Apa yang aku dapat or pengalaman aku sendiri sangat-sangat mengujakan. Pertama sekali dia banyak memberitahu kita supaya berfikiran positif. Memangla senang cakap kan. Ce buat. Kalau kita kata susah jadilah susah, tapi kalau kita kata senang in shaa Allah yang baik2 sahaja yang akan datang. 

Kerana Allah menurut sangkaan hambaNya. 

DAO Selalu tekankan bahawa apa yang kita fikir, apa yang kita rasa dan apa yang kita cakap akan menentukan hasil tindakan kita. So jom bersangka yang baik2 je.

Prinsip utama untuk berjaya katanya ialah syukur.

"Orang yang tidak  bersyukur adalah orang yang kuat merungut. Manakala orang yang merungut ialah orang yang kurang berjaya."

So kita pilihla nak jadi orang yang bersyukur or orang yang kuat merungut? U choose. 

Apa itu magnet kekayaan dan kejayaan. Dalam seminar ia ada menerangkan bahawa magnet ialah :-

M= Matlamat: Matlamat hendaklah di tulis. Angan2 adalah matlamat yang tidak di tulis. Amik kertas tulisla matlamat korang 2 thun akan datang or 5 tahun akan datang dan tempek kat dinding. Hari2 baca.

 Tulis sebenar2 tulis. Ini akan membuatkan otak luar sedar kita akan terpanggil utk menjana badan kita bekerja seperti apa yang kita tulis.

A= Attraction/Attitude: Adakah kita mempunyai ciri2 orang yang berjaya?Ciri2 orang yang orang yang berjaya ialah:-

Syukur * Bersyukur dgn yang sedikit. Dapat sikit syukur. Dapat banyak syukur. Tak dapat pun syukur. 

*Syukur dengan Allah atas setiap pemberian dan nikmat Allah pada kita hambaNya.

*Mengucapkan terima kasih pada manusia. Menzahirkannya. Berapa ramai orang yang kita ucapkan terima kasih setiap hari? So hari ni korang da ucap kan belum terima kasih kat sesiapala. Driver bas yang kita naik ke? Anak-anak kita ke?

*Bersedekah. Menurut DAO sedekah ini hendaklah kita laziminya setiap hari. Bersedekahlah walaupun dengan sebuah senyuman. Niat sedekah kerana Allah. Senangkan? "Orang yang bersedekah Allah jaga orang itu dari gangguan manusia. (The Power of Giving-What U give u will get it more!)

*Sujud-Lagi banyak kita belajar bersyukur lagi banyak kita akan sujud kepada Allah S.W.T tak kira la sujud solat wajib mahupun solat2 sunat.

*Selawat- Sekurang2nya 1000x sehari. Alamak yang ni aku sendiri masih fail. Kena setkan goal ni. Selawat 1000* sehari.

*Istighfar- Sentiasa minta maaf dgn orang sekeliling kita. Ini di panggil sebagai The power of Suci. Beristighfarla sekurang-kurangnya 70x sehari. Kalau tak mampu lagi buat 100x hehehehe.

(Ok tu semua baru ciri-ciri orang yang berjaya) sambung balik M.A.G.N.E.T kat bawah ni.


G=Gigih.Wajib bersungguh-sungguh di atas segala amal yang kita lakukan barulah membuahkan hasil yang baik.Dari situ nampak kita sungguh2 nak berjaya./ G juga mewakili sebagai Go Getter=iaitu bukan penunggu.

 Attack. Kejayaan hanya akan berhasil apabila kita menyerang @ bertindak melakukan perubahan yang baik.Sekiranya berminat dalam  berniaga mulakan dengan kecil-kecilan. 


N=Network. Berkawan. Seperti kawan2 blog saya yang sedang baca blog sekarang ni :)


T=Tindakan/Tawakal.



Oklah rasanya da panjang sangat perkongsian ni. Kalau ada tertambah dan tersalah perkataan harapla di maafkan. Perkongsian ilmu bersama juga di kira sebagai sedekah. The power of giving. Tak caya?? Ce share. In shaa Allah perkara yang baik2 sahaja berlaku bila kita niat benda yang baik. Aura or magnet baik akan terkena pada anda bila kita dikuasai aura baik. Senyum and salam sayang u olls. :)

Fakta Pemakanan Tambahan

Bismillahirrahmanirrahim,

Salam sayang all, lama tak berblog. Entah ada ke tak de org baca blog ni. Hopefully ada sebab banyak benda bermanfaat yang nak share dan akan share dengan korang nanti.

So hopefully korang yang baca juga boleh share dengan insan-insan lain yang tersayang.

Ok, kali ni aku nak share pasal fakta pemakanan tambahan. So korang baca dan rajin-rajinkan share ye.

Copy paste dari blog my Shaklee Leaders credit to : http://suzieahmad.blogspot.com/2013/10/13-fakta-pemakanan-tambahan-yang-anda.html

Jom kita tengok 13 fakta MENGAPA ZAMAN SEKARANG PEMAKANAN TAMBAHAN ITU PERLU.
yg ni aku dapat dari Dr. Malinda & Future Wellness Team

#1. Masyarakat kita sebernya terlebih makan tapi tak cukup zat

Jarang sekali kita dengar orang meninggal kat Malaysia ni disebabkan kebuluran. Tapi, ramai tidak sedikit yang mengalami masalah penyakit kronik yang banyaknya disebabkan diet yang tak seimbang. Obesiti, Kencing manis, Darah tinggi, jantung - Itu fenomena biasa!

Kajian populasi di US (Malaysia tiada statistik lagi, tapi lebih kurg sama je actually) mendapati : Kekurangan nutrisi adalah seperti berikut ~ 90% in vit. B6, 75% in magnesium,68% in calcium, 57% in iron, 50% in vitamin A, 45% in vitamin B1, 41% in vitamin C, 34% in vitamin B2, 34% in vitamin B12....and the list goes on.

#2. Zat dalam tanah kita semakin berkurangan

Industri pertanian sekarang mementingkan kuantiti dari kualiti. Tanah tidak dibaja semula. Tumbuhan di modofikasi secara genetik (GMO) - satu umbut pisang boleh diproses dalam makmal dan di klon atas agar plate menjadi 1500 anak pisang! Itu tak termasuk penggunaan racun seranggan yang berleluasa lagi. Kualiti sayur dan buahan sekarang tak sama cam dulu.

Saya pernah ada kawan yg mengusahakan nenas, complain produk dia tak dapat masuk ke Singapore sbb dapat di kesasn mereka meracun 2 kali - So, tendang balik ke Malaysia. Jual kat sini je. Siapa makan? Cer citer.. huhu

Ada juga yang akan komen, sedikit racun dibenarkan.. memang betul, tapi kalu lama-lama terkumpul, jadi bukit jugak kan.. Sebab tu kes kanser semakin meningkat.

#3. Industri Makanan Terproses yang berleluasa

Banyak makanan yang dijual sekarang - kebanyakkannya terproses samada di dedahkan pada cahaya, oksigen perubahan drastik suhu semasa pemprosessan - Ini akan merosakkan zat-zat yang terkandung dalam makanan.

Cuba fikir - Apa zat yang ada dalam Potato Chips yang anak-anak kita makan? atau whatever 'jajan' yang masuk dalam mulut.

#4: Proses Penyimpanan Makanan dan Transportation.

Siapa boleh confirmkan yang ayam kita makan di McD atau KFC tu ayam yang baru disembelih semalam? Seminggu? Sebulan atau 6 bulan lepas?

Daging burger tu bila di proses? Sebulan? Setahun? 2 tahun?

Semuanya telah ditambah dengan pengawet agar boleh tahan bertahun-tahun. Itulah kemajuan Food Industries!


#5: Home Storage Food.

Tadi kat McD dengan KFC, sekarang cuba tengok rumah kita sendiri. Berapa lama kita simpan sayur-sayuran dan buah-buahan kat rumah?

Setiap hari nutritional value akan semakin menurun walaupun kita simpan didalam peti ais. Apatah lagi sayur yang dah kita simpan lama, hatta ikan atau ayam yang dah sebulan? Nutrisi kian merudum.


#6. Pencemaran Alam Sekitar kita.

Setiap tahun 6 billion pounds bahan-bahan kimia di lepaskan dibumi.
Ada yang masuk dalam udara - kita hidu. ada yang masuk dalam air - kita minum. Ada yang masuk dalam makanan - kita makan. Ada yang dipersekitaran - kita sentuh.

Kita tak banyak pilihan. Macamana nak elakkan semua tu? Duduk di pergunungan Himalaya? Tanam pokok sendiri. Minum air gunung. Hidu udara segar setiap hari. No fast food. No processed food. No stress. No traffic jem. Jika mampu - kita mungkin tidak perlu ambil sebarang supplements. Life is so ideal.


#7. Pengumpulan toksin dalam haiwan yang kita makan.

Ikan dicemari merkuri. Ayam di inject supaya cepat besar. Lembu diberi makanan 'chemical based' supaya banyak daging, cepat besar. Banyak produksi, banyak untung.

Kita yang makan ikan, ayam dan live stock yang mengandungi hormon dan antibiotik. Telur tak original pun ada. Huh.. macam-acam ada! Semua ini akan menggangu kesuburan kita, pembesaran anak-anak dan menyumbang kepada penyakit2 kronik yang merbahaya.

#8. "Energy" pollution di sekeliling

Kanak-kanak pun dah ada hp. Radiasi dimana-mana. Setiap masa. Cuma kita tak namapk. Ia membantu tapi dalam masa menjadi radikal-radikal bebas yang sama membantu merosakkan sel-sel dalam tubuh kita.


#9. Stress dimana-mana.

Mana ada orang yang hidup tak ada stress. Hatta, orang yang duduk di hospital bahagia lagi stress bila kena electrical current treatment di kepala!

Stress yang kronik dan berulang-ulang akan menurunkan paras tenaga anda dan menghasilkan hormon yang seterusnya akan memberi impak negative kepada sistem imun anda dan mempercepatkan proses penuaan.

Sebab tu orang yang selalu senyum, ketawa berpada-pada nampak lebih muda

#10. Merokok. Alkohol.

= Semua tabiat ini akan menghabiskan stok nutrisi dalam badan. Satu batang rokok akan drained off ~ 250mg vitamin c dalam badan. Satu hari hisap 10 batang. 2500mg vitamin c hilang setiap hari. Macamana nak ganti? 5 biji Vitamin C 500mg SR atau Makan 7 biji oren dengan kulit-kulitnya skali. Boleh? hihi


#11. Sistem Penghadaman yang tidak baik.

Sembelit. Gastric. Chron's disease. Selalu kembung. Banyak gas - semua ini masalah sistem penghadaman yang akan menggangu penyerapan nutrisi. Kita makan makanan yang berkualiti, organic tapi tak dapat nak diserap. Camner? anda perlukan pemakanan tambahan untuk memperbaiki sistem usus anda.

#12. Ubat-Ubatan

Badan kita adalah mesin kompleks. Ia akan saling bertindakbalas. Jika kita makan apa-apa ubat, ada yang mungkin akan berinterksi dengan supplements yang menyebabkan keperluan vitamin tersebut semakin meningkat. Contohnya :

Wanita yang mengambil pil perancang keluaraga - Anda perlu lebih Vit B6.

Pesakit Diabetes yang mengambil Gucophage - Anda perlu tingkatkan pengambilan calcium, B12 and folic acid.

Jika anda pesakit yang mengambil ubat Warfarin - Anda tidak memerlukan dos Omega atau Vitamin E yang tinggi. Ini boleh menyebabkan pendarahan.

Boleh ambil, tapi perlu berhati-hati.

#13. Special Group : Pregnancy, Breastfeeding, Children, Teenager, Elderly and Chronic disease or disorder.

Pengambilan makanan tambahan akan membantu golongan berisiko ini untuk mendapat nutrisi yang lebih lengkap untuk pertumbuhan dan kesihatan optimun.


BOTTOM LINE: Kehidupan dan gaya hidup sekarang mendedahkan kita kepada pelbagai penyakit. Dalam keluarga saya sendiri dan kawan-kawan pun, ramai yang darah tinggi pada usia muda. Ada yang meninggal akibat serangan jantung pada usia 30 tahun.

Terpulang pada kita di mana prioriti kita.

If you think health is expensive. Then, try sickness! ~ Saya suka qoutes ni.

Kita berusaha. Kita cuba buat yang terbaik untuk menjaga jasad amanah Allah ini.


Share Jika Anda Prihatin. Saya doakan anda yang sedang membaca article ini dikurniakan kesihatan yang terbaik di sepanjang hayat anda.

In shaa Allah.

Luv always.

- Dr. Malinda & Future Wellness Team