Monday 7 October 2013

Dengan Lafaz Bismillahirrahmanirrahim, 

Tarik Nafas panjang-panjang dulu sebab ini adalah 1st entry yang amat bermakna buat diriku.

Tujuan berblogging kali ini ialah untuk aku kongsi serba sedikit pengalaman dalam kehidupan dan juga kehidupan orang lain yang boleh di jadikan rujukan dan panduan untuk kita semua.

Life is too short to be unhappy! So itu moto hidup aku dan akan aku jadikan rujukan setiap kali masalah melanda. In shaa Allah.

Sejak akhir-akhir ini aku mengalami kegagalan menguruskan masa dan kegagalan menguruskan kesihatan, tapi syukur alhamdulillah dari kegagalan aku belajar semangat juang untuk bangkit kembali. Allah jua yang menunjukkan jalan.

Straight to the point aku ingin ceritakan bahawa aku mengalami sakit tulang belakang (tulang belakang bengkok) scoliosis tapi aku tak tahu macam mana nak mulakan cerita sakit aku tu. Tak pe Inshaa Allah ada masa akan aku ceritakan bagaimana aku pernah lumpuh dan dengan izin Allah juga aku dapat berjalan kembali.

Sehingga kini bila aku dapat berjalan dan apabila mengalami sakit belakang setelah berkahwin dan bersalin sakit itu membuatkan aku fobia. Takut lagi tak boleh berjalan dsb, walaupun doc hanya mengesahkan sakit tulang belakangku hanya 15% condong di bahagian leher, tapi tulang bawah (low back) juga mengalami bengkok sebanyak 25%.

Itu serba sedikit berkenaan sakitku. Tapi setakat hari ini alhamdulillah aku berjaya mengatasi rasa sakitku tanpa perlu aku bergantung kepada ubat-ubatan hospital.
Doktor pakar menyarankan aku berhenti menyusukan anak kecilku yang berusia setahun 5 bulan dan juga tidak boleh hamil sepanjang tempoh rawatan. Aku menolak pilihan Doktor kerana aku tak sanggup untuk tidak menyusukan anak kecil yang sulung tambahan aku sudah nekad ingin menyusukannya sehingga 2 tahun.

Alhamdulillah dengan izin Allah aku berjumpa dengan seorang sahabat yang banyak membantu aku dari segi sokongan moral (support untuk breast feeding, konsultasi percuma amalan pemakanan vitamin untuk masalah kesihatan yang aku alami).

Rasanya setakat ini sahaja coretan kali ini sehingga di lain waktu akan ku ceritakan sedikit sebanyak untuk ibu-ibu yang bersemangat untuk menyusukan anak-anak dan juga mengalami masalah sakit tulang belakang sepertiku boleh hubungi or email aku untuk kita berkongsi dan bertukar-tukar pengalaman dan cerita.

Email sahaja kepadaku di zia_ohara@yahoo.com/ roszinatul@gmail.com.


No comments:

Post a Comment