Tuesday 8 October 2013

Totally Bedrest (Part 1)

Dengan Lafaz Bismillahirrahmanirrahim,


Perkongsian kali ini aku mulakan dengan sangat berat hati. Sehingga aku rasakan air mata ni mulala nak meleleh.Tapi demi berkongsi rasa dan harap dapat memberi manfaat untuk orang lain aku gagahkan jari jemari ini untuk menjadi keyboard warrior

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat untuk semua yang membaca.Lebih kurang 13 tahun dahulu masa umurku lebih kurang 19 tahun aku pernah mengalami sakit belakang yang membuatkan seorang kawan sebaya aku (masa tu belajar di Kolej Lagenda) mendakwa dia adalah tukang urut. (ahehehe masa berlalu bila ingat2 balik nak gelak pun ada). 

Pada malam bersejarah tu aku rasa sakit-sakit badan lenguh-lenguh (aku ni memang dari kecil selalu sangat lenguh-lenguh dan sakit-sakit sendi. 

Bila check up doktor cakap kurang kalsium). So, bila lenguh je Ummi akan sapu minyak angin dan urut-urut tempat sakit, tapi dek kerana belajar di Kolej Langkawi, Kedah nan jauh dari kampung halamanku Tanah Merah, Kelantan sahabat-sahabatla yang tolong menyapukan ubat. 

Salah seorang sahabatku mendakwa dirinya pakar dalam bidang mengurut ni. Badannya sedikit gempal berbanding aku yang kurus keding masa tu. 

Oleh kerana sakit dan lenguh-lenguh yang tak dapat dibendung lagi aku telah menyerahkan tubuh badanku untuk di urut oleh sahabatku tadi (aku lupa namanya). 

Katanya kena urut sehingga 3 hari berturut-berturut. Itu menurut amalan orang mengurutla. Urut....punya urut....punya urut....HoHoHo...aku yang tengah sakit menahan lagi rasa sakit kena urut, sebab nak baik punya pasal. Esoknya aku dah mula rasa lenguh-lenguh dan sakit-sakit badan yang hebat.

Bila aku cuba angkat tangan tak dapat, hah betul jangan tak caya.0Memang tangan aku langsung tak dapat nak digerakkan sehinggala baju aku pun kawan-kawan aku yang tolong bukakkan dan pakaikan. 

Bergegasla derang kejarkan aku ke Hospital Langkawi. Masa dalam wad kecemasan tu doktor tanya kenapa dan macam mana boleh jadi macam ni. So aku ceritala sebab aku mengurut dengan kawan. 

Terkejut dia "hai muda-muda lagi dah mengurut kenapa?". Macamla dia faham kondisi aku yang selalu lenguh-lenguh dari kecil lagi. 

Aku diberikan suntikan pertama dibahagian bontot sebelah kiri kot (aku lupa kiri dulu ke kanan dulu) untuk menahan sakit tak silap aku, tetiba kaki sebelahku itu juga langsung tak dapat bergerak. 

Di berikan lagi suntikan kedua, akhirnya kesemua anggota badanku tak dapat bergerak kecuali leher ku. Allah, bayangkan perasaan aku masa tu muda remaja berjauhan dari keluarga dan tak dapat menggerakkan anggota badanku.

Doktor masukkan aku ke wad untuk mengenal pasti masalah penyakitku.Tak dapat melelapkan mata malam tu membayangkan apa masalah sebenar aku, sehinggalah aku terlelap maybe dos ubat yang banyak. 

Keesokan harinya doktor pakar datang melawat keadaan aku dan masih lagi dalam kondisi yang sama iaitu tak dapat nak menggerakkan hampir keseluruhan anggota badanku. Doktor lelaki berbangsa India itu akhirnya mengistiharkan aku supaya totally bedrest selama 6 bulan. (masa tu aku tak tau apa maksud totally bedrest. Ingatkan suh tido je. Rupanya dia syak aku mengalami lumpuh seluruh badan).

Oleh kerana kenaifan dan masa tu tak ada sekelumit rasa takut atau memikirkan yang aku tak boleh lagi berjalan selepas ini. Memang tahap positif gaban.

 Aku yakin sangat-sangat yang aku akan berjalan seperti biasa cuma mungkin masa tu aku sakit. Aku serahkan keadaan aku bulat-bulat kepada Allah. 

Benarlah janji Allah apabila kita bertawakkal dan menyerahkan urusan kita kepadaNya Dialah akan mengikut sangkaan dan doa kita.

Sehinggakan aku menyuruh Ustaz, Lecturer dan kekawan aku agar merahsiakan masalah aku di masukkan wad dari pengetahuan orang tuaku. 

Mereka semua bertanya kenapa? Aku pula memberikan alasan yang aku masih lagi belum bersedia untuk memberitahu dan aku sendiri akan telefon orang tuaku nanti.

 Hatiku goyah bila melihat ibu bapaku datang dari jauh menyeberang laut untuk menemani aku. Padaku biar aku tanggung sendiri segala penyakit ini. 




Hospital in memory 



Aku kan yakin aku tetap akan dapat berjalan nanti so kenapa aku nak bebankan mereka. Itulah kata-kata hati kecilku ketika itu sunggu aku benar-benar menyerahkan diriku pada pencipta diriKu. 

Dengan izin Allah seorang wanita berumur sebaya ibuku (Ummi) datang melihatku kerana bertentangan katil bersama emaknya yang sudah uzur masa tu.

"Ceq sakit apa?" Tanyanya "Salah urut ACik" jawabku ringkas. 

"Kesiannya sampai lagu ni hang kena urut,mesti dia tak pandai urut. Makcik ada kakak yang pandai urut, dia dapat petunjuk melalui mimpi". Katanya lagi dengan muka yang simpati. 
"Ceq nak ke kalau makcik panggilkan kakak makcik tu datang urut?" Tanya dia padaku. 
"Boleh ke Acik lagipun doktor tak kasik saya urut dah. Dia suruh saya berehat tidur jangan bergerak-gerak selama 6 bulan." Ujar aku was-was. 
"In shaa Allah sampai bila hang nak dok tidoq lagu ni? Tak pe jangan risau kakak makcik tu memang dia dok mengurut orang dari dulu lagi"

Akhirnya aku bersetuju dengan tawaran darinya. Tambahan Makcik yang dikenali dengan nama Morah tu la yang bawakan aku bubur nasi hari-hari. 

Suapkan aku dan bila aku nak buang air dia bukan panggilkan nurse dia yang tadahkan bekas dan bersihkan. Tak dapat aku nak bayangkan betapa Allah berikan aku seorang pembantu saat-saat aku memerlukan seseorang. 


(Bersambung di lain entry ya!! Part 2 nantikan terlalu panjang plak) In shaa Allah doakan moga dapat lagi aku berkongsi di lain waktu. Salam kasih sayang untuk semua.

Sekiranya ku tahu kekurangan kalsium sakit-sakit sendi itu boleh di atasi dengan ostematrix masa tu mungkin aku tak payah berurut sehingga lumpuh. Tapi perancangan Allah itu lebih baik. Redha dan yakin dengan Allah sebaik-baik pilihan selepas berusaha. Alhamdulillah pengambilan ostematrix dengan istiqamah dapat membantu.






No comments:

Post a Comment