Bismillahirrahmanirrahim
Nak sambung balik cerita pasal berada di Langkawi. Tapi tak tau macam mana nak mulakan. Oklah kita mulakan dengan Makcik Morah.
Setelah Makcik Morah perkenalkan aku dengan Kakaknya, aku pun lupa nama Kakaknya (huhuhu kena makan Omega Guard Shaklee ni cepat lupa nama org) aku panggil makcik juga aku namakan dia dengan Makcik A jela ye takut nanti korang yang baca ni konfius.
Makcik A tanya padaku boleh ke dia minta izin nak urut aku ni. Aku cakap boleh, tapi katanya dengan satu syarat aku kena tahan sakit dan jangan bunyi masa dia urut, sebab dia urut dalam hospital nanti doc datang dan marah padanya.
Setelah aku bersetuju dia mulakan sesi rawatan urut mengurut pada hari pertama waktu malam. Memangla sakit tambah dia kata semua urat-urat aku dah tenggelam. Aku menahan je kesakitan lagi pun aku memang tak boleh bergerakkan walaupun hati aku cakap sakit tapi mulutku langsung tak mengeluh. Bukan ke dia da pesan mulut tak boleh bunyi dan kerana aku nak baik punya pasal maka aku diam je sewaktu sesi mengurut. Dia urut tanpa minyak, aku diam dan kagum. Tapi aku berdoa agar kali ini aku sembuh.
Hari kedua dia urut aku pada waktu selepas subuh, kadang-kadang dia kejutkan aku dan gerak-gerakkan tanganku. Katanya waktu terbaik mengurut ialah selepas subuh dan dia suruh aku cuba gerak-gerakkan tangan. Berdaya mengangkat sedikit tangan tapi rasa seolah-olah mengah tercungap-cungap,tangkap semua pernafasan. Dia kata sabar ye. Perlahan-lahan.
Hari ketiga aku dapat menggerakkan tanganku semula tapi masih lemah. Hari ke empat dan kelima aku sudah boleh bangun bersandar. Doktor pakar datang dan kagum. Katanya "Amazing". Dia tanya apa yang aku dah buat, bilangku senang. Makcik depan ni rajin datang ajar saya bangun pagi-pagi dan sandarkan saya ke katil. Hari seterusnya Makcik A ajak aku bangun dan berjalan. Part ni terus terang aku katakan aku rasa lemah sangat-sangat. Sebab semua urat saraf kita bersambung bila bangun aku rasa nak pitam. Tapi di gagahkan oleh kata-kata semangat darinya. Nak sembuh kena rajin-rajin bangun jalan.
Akhirnya aku dapat bangun dan berjalan perlahan-lahan. Doktor mengalah dan membenarkan aku keluar setelah melihat semangat aku dapat bangun dan berdiri tanpa sebarang usaha dari doktor. Makcik Morah membawa aku kerumahnya dan menjadikan aku anak angkat. Semasa berada di rumahnya aku di jaga ibarat menatang minyak yang penuh.
Ummi pun di beritahu melalui telefon dan Ummi agak terkejut kerana langsung tak dapat berita. Kata Makcik Morah aku anak yang tabah tak mahu menyusahkan ibu bapanya. Dia juga menenangkan Ummiku dan memberi jaminan yang dia akan menjagaku seperti anaknya sendiri. Ummi ku sedikit lega mengetahui aku berada dalam jagaan orang yang baik-baik.
Saranku kepada teman-teman yang sentiasa mengalami lenguh-lenguh dan sakit-sakit dari kecil jangan biarkan begitu sahaja. Mungkin betul doktor menjangkakan kita kurang kalsium tapi rawatan susulan atau lanjut perlulah berterusan.
Jangan berhenti merawat sakit kita tu separuh jalan. Aku sendiri masa tu masih tak tahu penyakit sebenar aku yang tahu aku sudah sembuh boleh berlari dan bebas bergerak. Sehinggala sekarang aku mulakan rasai kesannya kembali. Setelah bersalin dan menyusukan anak.
Aku sendiri liat hendak minum susu. Aku juga susah nak konsisten mengambil supplement yang aku tahu masa remaja dulu-dulu sakit sikit-sikit amik panadol, makan ubat tahan sakit. Sehinggalah aku datang KL.
Aku selalu mengalami kejang-kejang dan kadang-kadang pitam-pitam tanpa sebab. Akhirnya aku mendapat tahu yang aku mengalami tulang belakang sedikit bengkok setelah mendapatkan rawatan MRI di Hospital Kuala Lumpur, tetapi sekali lagi akibat kedegilan dan kemalasan aku mendapatkan rawatan di HKL (sesi fisioterapi) aku biarkan sahaja penyakit lenguh-lenguh ku itu. Maklumlah darah muda, manala pentingkan kesihatan pun. Tau-tau pergi kerja, balik kerja, pergi jalan-jalan seronok-seronok.
Mesin MRI HKL (Pastikan anda tidak mengandung semasa melalui proses di MRI)
Masa tu tak de istilah nikmat sihat. Sebab sakit itu biasa bagi ku. Huhuhu menyesal tiada guna semuanya sudah berlalu sehinggalah suatu hari sakit ku kembali. Konon-konon aku telah mengalami sakit belakangku kembali dan mendapatkan rawatan di Hospital Ampang Puteri. Doktor pakar ampang Pu3 mengesahkan aku tidak mempunyai penyakit seperti mana yang di dakwa di Hospital KL.
Setelah menjalani MRI sekali lagi. Pelik tapi kerana yakin mungkin aku hanya mengalami sakit-sakit belakang maka aku biarkan. Sehinggala aku melahirkan anak dan anakku menyusu setiap malam tidur secara mengiring menyebabkan aku bangun di waktu pagi dengan keadaan yang sangat ngilu di bahagian tulang belakang. Kali ini aku nekad. Aku tak boleh biarkan sakit-sakit ku begitu sahaja. Aku mencari jalan mencuba mendapatkan rawatan di Hospital Columbia Setapak, KL.
Sungguh mudah prosesnya. Setelah mendapatkan surat dari klinik mengatakan yang aku memerlukan pemeriksaan rapi dari doktor pakar.
Pergi sahaja di kaunter pertanyaan dan pekerja mereka akan daftarkan nama kita. Terus ke bahagian klinik doktor pakar. Sangkaku aku akan mendapat surat temujanji terlebih dahulu. Tapi tidak. Terus ke bahagian klinik dan menunggu giliran.
Doktor Samsul pakar bahagian tulang mengesahkan aku perlu menjalani X-ray sahaja buat permulaan. Result X-ray terus menunjukkan yang sememangnya tulang belakangku sedikit condong iaitu 15 darjah.
Doktor menyarankan agar aku menjalani rawatan fisioterapi sebanyak 3 kali seminggu. Alhamdulillah dengan rawatan fisioterapi yang berterusan aku rasa sakitku sedikit berkurangan.
Oklah sehingga disini sahaja entry kali ini nanti aku sambung lagi ye. Happy reading all. Moga membawa manfaat untuk semua In shaa Allah.
No comments:
Post a Comment