Wednesday 6 November 2013

Magnet Kekayaan dan Kejayaan

Bismillahirrahmanirrahim, 

Salam dan selawat ke atas nabi junjugan kita S.A.W, 

Hari ni banyak sangat idea perkongsian ilmu yang aku nak share dengan korang. Tambahan selepas pergi mini seminar Magnet Kekayaan dan Kejayaan dari Dr. Azizan Osman. 

Korang mesti kenal diakan? Kalau tak kenal meh sini aku perkenalkan. Dia ialah sifu sebenar yang cuba mengangkat martabat anak bangsanya sendiri. Tak percaya kenala pergi seminarnya dan luangkan masa. 

Dengarkan ketelusan dan ketulusan hati Dr Azizan bagaimana banyaknya ilmu secara percuma yang diberikan untuk kita. Ye Free, sapa tak suka benda free jangan pergi. Terutamanya Elmu.

Ok tak perlu bebel banyak2. Siapa yang pergi extra give lagi dapat buku secara percuma. Buku berharga rm 25.00 diberikan kepada sesiapa yang pergi, bagi yang tinggal di kawasan Shah Alam dan Kuala Lumpur mini seminar dah habis tapi kalau nak berdaftar secara berbayar kursus intensif bolehla cuba hubungi kakitangan di laman web ini http://www.magnet2013.com/.




Buku ini diberikan percuma kepada peserta yang menyertai seminar Dr Azizan juga secara percuma.


Apa yang aku dapat or pengalaman aku sendiri sangat-sangat mengujakan. Pertama sekali dia banyak memberitahu kita supaya berfikiran positif. Memangla senang cakap kan. Ce buat. Kalau kita kata susah jadilah susah, tapi kalau kita kata senang in shaa Allah yang baik2 sahaja yang akan datang. 

Kerana Allah menurut sangkaan hambaNya. 

DAO Selalu tekankan bahawa apa yang kita fikir, apa yang kita rasa dan apa yang kita cakap akan menentukan hasil tindakan kita. So jom bersangka yang baik2 je.

Prinsip utama untuk berjaya katanya ialah syukur.

"Orang yang tidak  bersyukur adalah orang yang kuat merungut. Manakala orang yang merungut ialah orang yang kurang berjaya."

So kita pilihla nak jadi orang yang bersyukur or orang yang kuat merungut? U choose. 

Apa itu magnet kekayaan dan kejayaan. Dalam seminar ia ada menerangkan bahawa magnet ialah :-

M= Matlamat: Matlamat hendaklah di tulis. Angan2 adalah matlamat yang tidak di tulis. Amik kertas tulisla matlamat korang 2 thun akan datang or 5 tahun akan datang dan tempek kat dinding. Hari2 baca.

 Tulis sebenar2 tulis. Ini akan membuatkan otak luar sedar kita akan terpanggil utk menjana badan kita bekerja seperti apa yang kita tulis.

A= Attraction/Attitude: Adakah kita mempunyai ciri2 orang yang berjaya?Ciri2 orang yang orang yang berjaya ialah:-

Syukur * Bersyukur dgn yang sedikit. Dapat sikit syukur. Dapat banyak syukur. Tak dapat pun syukur. 

*Syukur dengan Allah atas setiap pemberian dan nikmat Allah pada kita hambaNya.

*Mengucapkan terima kasih pada manusia. Menzahirkannya. Berapa ramai orang yang kita ucapkan terima kasih setiap hari? So hari ni korang da ucap kan belum terima kasih kat sesiapala. Driver bas yang kita naik ke? Anak-anak kita ke?

*Bersedekah. Menurut DAO sedekah ini hendaklah kita laziminya setiap hari. Bersedekahlah walaupun dengan sebuah senyuman. Niat sedekah kerana Allah. Senangkan? "Orang yang bersedekah Allah jaga orang itu dari gangguan manusia. (The Power of Giving-What U give u will get it more!)

*Sujud-Lagi banyak kita belajar bersyukur lagi banyak kita akan sujud kepada Allah S.W.T tak kira la sujud solat wajib mahupun solat2 sunat.

*Selawat- Sekurang2nya 1000x sehari. Alamak yang ni aku sendiri masih fail. Kena setkan goal ni. Selawat 1000* sehari.

*Istighfar- Sentiasa minta maaf dgn orang sekeliling kita. Ini di panggil sebagai The power of Suci. Beristighfarla sekurang-kurangnya 70x sehari. Kalau tak mampu lagi buat 100x hehehehe.

(Ok tu semua baru ciri-ciri orang yang berjaya) sambung balik M.A.G.N.E.T kat bawah ni.


G=Gigih.Wajib bersungguh-sungguh di atas segala amal yang kita lakukan barulah membuahkan hasil yang baik.Dari situ nampak kita sungguh2 nak berjaya./ G juga mewakili sebagai Go Getter=iaitu bukan penunggu.

 Attack. Kejayaan hanya akan berhasil apabila kita menyerang @ bertindak melakukan perubahan yang baik.Sekiranya berminat dalam  berniaga mulakan dengan kecil-kecilan. 


N=Network. Berkawan. Seperti kawan2 blog saya yang sedang baca blog sekarang ni :)


T=Tindakan/Tawakal.



Oklah rasanya da panjang sangat perkongsian ni. Kalau ada tertambah dan tersalah perkataan harapla di maafkan. Perkongsian ilmu bersama juga di kira sebagai sedekah. The power of giving. Tak caya?? Ce share. In shaa Allah perkara yang baik2 sahaja berlaku bila kita niat benda yang baik. Aura or magnet baik akan terkena pada anda bila kita dikuasai aura baik. Senyum and salam sayang u olls. :)

No comments:

Post a Comment